Kawan.

“Allah memaafkan segala dosa dan kesalahan hamba yg bertaubat kepadaNya”

“Siapa yg benar-benar telah mengenali Allah, maka ia tiada menuntut kelebihan ataupun kekurangan, bahkan ia tetap teguh berdiri dengan Allah”

“Penyembah puji dan cela, nikmat dan bala, penyembah karya-karya mereka, rekaan-rekaan mereka, penyembah publisiti dan maruah mereka, keturunan mereka, kecekapan mereka, ketangkasan dan kehebatan mereka, cermat dan ketelitian mereka, penyembah pangkat, harta dan martabat- martabat mereka, jangan sekutu Allah dengan sesuatu”

“Disembahnya kebun dan matair-matair, gedung-gedung dan perhiasan dan pakaian dan kenderaan mereka. Disembahnya anak isteri mereka, dan para penyembah duniawi dan penyembah ukhrawi, dan penyembah bermacam-macam lagi ribuan tuhan-tuhan sementara yg hissi dan yg maknawi yg silih berganti menjadi penyembahan didalam diri dan didalam kehidupan mereka, maka binasalah dan matilah roh mereka berserta berhala-berhala alam semesta!”

“Berkawanlah dengan Allah, nescaya engkau akan merasakan kesenangan walaupun engkau dalam kesusahan”

“Akal, ilmu, amal tanpa hidayah dari Allah akan menjauhkan manusia daripada Allah”

“Ilmu yg tidak menambahkan takut dan pergantunganmu kepada Allah itu tidak akan menghampirkan diri kepada Allah, bahkan bertambah jauh”

“Ahli tauhid tidak memandang ciptaan,ia memandang Pencipta”

“Ada rahsia Allah hanya diberikan untukmu, haram diberitahu kepada manusia, dan ada rahsia Allah yg diperintah diberitahu kepada manusia”

“Siapa yg bersungguh-sungguh menyucikan hatinya daripada segala sesuatu selain Allah, nescaya akan mengalirlah rahsia-rahsia Allah pada hatinya”

“Jangan engkau berharap dan bergantung kepada sesuatu selain Allah, tiada penolong dan pelindungmu selain Allah, dan tiadalah yg dapat menyelamatkanmu daripada sesuatu melainkan Allah”

“Biarkanlah mereka berkata-kata apapun kepadamu, asalkan engkau tetap teguh bersama Allah”

“Tubuhmu bersama manusia, hatimu bersunyi dengan Tuhan”

“Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang dari Allah, iaitu Nabi Muhammad S.A.W”

“Rahsia Tuhan terpendam dalam diri, maka sucikanlah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah”

“Jangan engkau menuntut hakmu kepada Allah, tetapi selesaikanlah tauhidmu kepada hak Rububiyyah Allah atasmu”

“Teruskanlah perjalananmu, jangan engkau berpaling kekanan ataupun kekiri, berhadaplah kepada Tuhanmu”

“Awal perjalanan menuju Tuhanmu, jangan engkau menghiraukan celaan dan ejekan manusia kepadamu, kerana jalan ketuhanan itu sedikit pengikut dan banyak fitnahnya”

“Jangan engkau terlena dengan keindahan taman-taman bunga dan istana raja, sebab tujuan sebenarmu itu pertemuan dengan Sang Raja”

“Orang yg telah merasai kecukupan dengan Allah, maka terkadang ia merasa malu untuk berdoa kerana diam didalam kehendak Allah”


“Terhijab dengan keturunan dan sanad ilmu/amal, terhalang daripada sampai kepada Tuhan”

“Sesungguhnya Allah cahaya langit dan bumi, siapa-siapa yg zulmah jiwa nuraninya maka butalah dan kaburlah ia daripada pandangan kebenaran dan siapa-siapa yg terpancar, bersinar matahari sir ar-rububiyah maka sucilah dan teranglah penglihatannya dan terhindarlah ia daripada belenggu ragu-ragu, syak dan waham, maka berdirilah kota tauhid yg hakiki dan tertegaklah istana yakin didalam jiwa nuraninya dan runtuhlah mahligai dan segala berhala-berhala selain Allah, dan diperolehinya fadhli Tuhan yg amat besar. Maka siapa-siapa yg telah memandang iaitu menghalakan arah kiblat sir nyawanya kepada Tuhan yg Maha Tinggi, maka sampailah ia kepada Allah, maka itulah yg dikatakan tempat duduk kebenaran disisi Maha Raja Yg Maha Kuasa”

“Tidak sama kematian orang yg mengenal Allah dengan orang yg bergantung dengan dirinya sendiri. Bukan mata mereka yg buta, tetapi mata hati yg didalam dada mereka yg buta, bahkan lebih sesat”

“Jangan engkau membebankan dirimu dengan sesuatu yg Allah tiada menuntutmu, dan jangan mengikut kecenderungan hawa- nafsumu”


“Hati-hati syirik, seumpama semut hitam yg berjalan diatas batu hitam, sukar dilihat melainkan orang-orang yg mendapat petunjuk Allah”

“Ahli Allah ialah orang-orang Allah, insan ketuhanan, mereka yg mengenal Allah dengan Allah dan mereka fana dalam kewujudan Allah. Mereka adalah orang-orang yg dekat disisi Allah dan menjadi kekasih-kekasih Allah dan mereka adalah para pensuci Tuhan sekalian alam”

“Janganlah melampaui batas dalam keinginanmu beribadat kepada Allah”

“Kenal Allah dengan Allah, kuasa Allah Maha Mutlak, dan tiada batas DzatNya dengan sesuatu pun”

“Siapa yg meridhai Allah, maka Allah meridhainya, dan cinta tiada menuntut sesuatu selain DiriNya”

“Tidak dialihkan pandangannya melainkan kepada Dia melalui Dia. Mereka dianugerahi kasyaf melihat Allah, dan hijab atau dinding-dinding zulmah diangkat khas untuk para ahli al-musyahadah, maka zahirlah Dia dimata-mata dan teling-telinga dan dihati-hati nurani ahli al-yakin, dan sir rahsia ruh mereka telah berhadapan dengan Al-Hak Ta’ala. Maka jadilah kehendak mereka Dia, tujuan mereka Dia, diam dan gerak mereka Dia dan apa sahaja yg datang mengenai diri mereka adalah Dia tanpa ada yg lain, dan sir batin mereka telah diperkatakan oleh Allah: Tiada Tuhan melainkan AKU!”

“Buah keyakinan itu tertanam dalam dirimu, hadapkanlah tujuan dan arah hatimu kepada yg satu, dan buangkanlah yg banyak itu, nescaya engkau akan dapat bersatu dengan Tuhanmu yg satu dan Maha Esa”

“Hati-hati dengan puak melayu murtad, mereka mentafsir Islam mengikut akal fikiran mereka semata-mata, menyesatkan umat Islam, dan mereka menolak tafsiran para sahabat Nabi dan para ulamak r.a”

“Engkau menyerah dirimu dalam lakuan Allah, Dia yg zahir, Dia yg batin, tiada yg lain selain Dia, dan lebur segala sesuatu selain Allah”

“Apabila engkau telah lebur didalam keesaan Allah, maka sah dan sempurnalah pengenalanmu kepadaNya”

“Allah pelaku segala sesuatu, tiada yg Wujud melainkan Allah”


“Permintaanmu kepada Allah yg menyebabkan engkau merasakan Allah telah mengikut keinginanmu itu adalah suatu tanda kejauhanmu dan kejahilanmu kepada Allah”

“Tujuan daripada zikrullah itu bukanlah untuk melindungi dirimu atau alam ini, tetapi untuk menyucikan hatimu daripada segala sesuatu selain Allah, sehingga antaramu dan Allah tiada antara lagi”


“Pekerjaan yg paling utama ialah hatimu duduk dengan Dzat Allah, itulah sanad yg hakiki”

“Orang yg telah terasyik dengan zikrullah akan terbuka baginya perbuatan Allah, maka tiada dilihat melainkan perbuatan Allah, barang kemana ia berhadap disanalah Allah”

“Ya Allah! Aku fakir, hina, jahil, lemah, tiada daya-upaya, dan Engkau Maha kasih-sayang….”

“Orang yg telah melihatKU, tidak boleh lagi melihat selainKU, kerana ia adalah suatu azab yg amat berat!”

“Janganlah engkau terburu-buru, AKUlah Tuhan yg disembah pada setiap waktu dan pada setiap tempat”

“Jangan engkau takut dan bimbang, AKU sertamu, berhadaplah kepadaKU, mohon pertolongan dan perlindunganKU, atas tiap-tiap sesuatu AKU amat kuasa”

_BUTA SELAIN ALLAH

Jawatan.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jawatan Adalah Amanah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا

Daripada Abu Dzar RA dia berkata, saya berkata, “Wahai Rasulullah SAW, tidakkah anda menjadikanku sebagai pegawai (pejabat)?” Abu Dzar berkata, “kemudian baginda menepuk bahuku dengan tangan baginda seraya bersabda: “Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan) padahal jawatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi sesiapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar.” (HR Muslim No: 3404) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Jawatan adalah suatu tanggungjawab dan amanah (taklif), bukan satu kemuliaan atau kebanggaan.

2. Segala amanah dan tanggungjawab yang diterima akan disoal di hari kiamat. Menteri, wakil rakyat memiliki tanggungjawab yang besar untuk membawa kesejahteraan rakyatnya tanpa mengira kelompok dan golongan. Seorang suami memiliki tanggungjawab besar menafkahkan isteri dan mendidik serta membesarkan anak-anak menjadi keluarga soleh dan diredhai Allah.

3. Apabila kita tidak berlaku adil dan tidak mampu mewujudkan kehidupan yang lebih baik bagi pihak yang kita pimpin, maka janganlah sekali-kali kita biarkan amanah jawatan tersebut. Apabila seorang wakil rakyat tidak mampu melaksanakan amanah untuk membawa kehidupan rakyatnya menuju kesejahteraan dan keadilan, maka gantikanlah dengan yang lebih baik dan beramanah. Amanah adalah sesuatu yang ringan disebut namun berat untuk dilaksanakan.

4. Mereka yang hanya merebut pangkat dan kedudukan untuk kemuliaan dunia demi harta dan kehormatan, akan menyesal di hari kiamat kelak.

5. Semoga kita tidak menjadi hina disisi Allah dengan menyalahgunakan jawatan yang diperolehi hasil kepercayaan orang ramai. Berusahalah menunaikan tanggung jawab dengan bersungguh-sungguh kerana jawatan adalah suatu amanah.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah

21hb Okt 2022
24hb Rabiul Awal 1444H

Pesan Ustaz WhatsApp.

PESAN USTAZ WHATSAPP.

Kalau ada orang muslim menyokong orang kafir kerana kononnya orang kafir boleh membangun, maka sampaikanlah pada dia bahawa firaun boleh membangun mesir menjadi negara maju, penduduknya hidup makmur tetapi fir’aun mendustakan Allah, maka Allah hancurkan kaumnya

Kalau ada orang Muslim menyokong orang kafir kerana kononnya orang kafir boleh membuat negara kita menjadi moden, maka sampaikanlah pada dia bahawa namrud boleh membangun Messopotamia menjadi negara yang moden, bangunan menjulang ke atas dengan teknologi canggih ketika itu. Hanya namrud mendustakan Allah, maka Allah hancurkan kaumnya.

Kalau ada orang Muslim menyokong orang kafir kerana kononnya orang kafir boleh menjadikan hidup makmur, maka sampaikanlah pada dia bahwa Bangsa Saba’ boleh membangun negerinya menjadi negara yang makmur, bebas rasuah tetapi kaum saba’ mendustakan Agama Allah, maka Allah hancurkan mereka..

Percayalah orang yang selalu bersama Allah tidak akan pernah kehilangan apapun, tetapi orang yang kehilangan Allah maka ia akan kehilangan segalanya.

Saya tidak benci dengan orang non Muslim atau membiarkan muslim yang korup, tetapi Allah dengan firmanNya melarang saya untuk memilihnya sebagai pemimpin dan teman setia dan mengetepikan ukhuwwah sesama muslim apalagi jika mereka berani mencampuri urusan agama kami.

Saya tidak ingin berdebat dengan anda yang mendukung mereka, apalagi jika Anda yang orang Islam.

Bagaimana saya boleh meyakinkan anda sedangkan Firman Allah pun anda abaikan.

Tanyalah orang-orang soleh.
Mengapa mereka tidak mahu berhibur?
Nescaya mereka akan menjawab.
Bagaimana kami mahu berhibur sedangkan,
Mati itu di belakang kami.
Kubur itu di hadapan kami.
Kiamat itu janjian kami.
Neraka itu memburu kami.
Dan perhentian kami ialah Allah.

‎افلا تعقلون
tidakkah kamu berfikir…?

WASIAT IMAM ASY SYAFI’I

Imam asy Syafi’i rahimahullah, pernah berwasiat:

“Nanti di akhir zaman akan banyak Ulama’ yang membingungkan umat, sehingga umat bingung untuk membedakan dan memilih yg mana Ulama’ Warosatul Anbiya’ (pewaris nabi) dan yg mana ulama’ suu’ (jahat) yang menyesatkan umat.”

Maka Imam Syafi’i rahimahullah pun melanjutkan:

“Carilah Ulama’ yang paling dibenci oleh orang-orang kafir dan orang munafiq, dan jadikanlah ia sebagai Ulama’ yang membimbingmu, dan jauhilah ulama’ yang dekat dengan orang kafir dan munafiq kerana ia akan menyesatkanmu, menjauhimu dari keredhaan Allah.

Wallahuaklam
Hazza wabilahi..

Ilmu

Ilmu Mengenal Allah sepatutnya diberi keutamaan dari lain lain keutamaan dan hendaklah didahului dari lain lain keperluan……

Tidak sempurna hukumnya mengerjakan amalan amalan syariat yang lainnya sabelum makrifat kepada Allah..

Setiap makhluk mempunyai zatnya sendiri…………….wahdahkan segalanya supaya menjadi satu wajah Allah yang esa.

Agama yang diterima Allah ialah Islam manakala orang yang diterima Allah adalah orang Islam mukmin yang mengenal Allah. Orang Islam yang tidak mengenal Allah itu tidak diterima Allah akan agama dan Islamnya.

Islam pada tahap Makrifat, bukan sahaja belajar ilmu rukun, ilmu pokok iaitu ilmu pohon
Tetapi merangkumi ilmu yang membicarakan perkara rahsia roh yang tersembunyi disebalik rukun, disebalik pokok dan disebalik biji benih.

Perkara Iman itu melibatkan perkara yang ghaib, cara mendalaminya juga hendaklah melalui rohani dan melalui rasa yang ghaib juga.

Bagimanakah boleh dikatakan Allah itu tidak dapat dipandang, sedangkan sifat yang dipandang itu sendiri adalah juga merupakan sifat yang memandang……………..

Hakkul Yakin itu tidak sekali-kali dapat dicapai melalui banyaknya ibadah …………..ianya hanya dapat dicapai setelah melalui ilmu mengenal Diri……………

Ilmu Makrifat / Ilmu mengenal Diri wajib dipalajari sebelum mengucap dua kalimah syahadah, sebelum sembahyang, sebelum puasa……………..

Ilmu Feqah & Syariat adalah ilmu permulaan , dalam perjalanan menuju makrifat….

Usuluddin ialah pendekatan ilmu Mengenal Allah melalui Sifat Allah yamh wajib……………👌😎

Amal.

Kata alim ulama

1. Ingin bahagia – sambahyang di awal waktu.
2. Ingin sihat – berpuasa.
3. Ingin di permudahkan urusan – banyak baca quraan.
4. Ingin wajah berseri.- jaga sambahyg tahajud.
5. Ingin kaya – sambhyg dhuha.
6. Di himpit masalah- banyak istghfar.
7berdukacita – banyakkan doa.
8. Mahukan keberkatan – banyakkan selawat nabi.

Yg baca, bercakap, mendengar tak untong. Yg untong org yg mengamalkannya. Insya Allah.

WWW.

*TIPS TIDUR WWW*
………………………

Kita suka tidur. Tidur untuk kerehatan. Tidur juga satu keberkatan.
.
Apabila mahu tidur perlu offline dengan gajet. Offline dari dunia maya. Tapi perlu ONLINE dengan tuhan.
.
Online dengan tuhan gunakan alamat maya WWW.
.
W yang pertama ialah wudu’. Wudu’ turunkan suhu badan. Bantu tidur nyenyak.
.
*Wudu’* undang doa keampunan dari malaikat (sanad jayyid disebut oleh AlHafidz Ibn Hajar dalam Fathul Bari XI/109).
.
W yang kedua ialah *witir.* Lakukan witir apabila kita khuatir bangun sesusah azan subuh. Saidina Umar pastikan beliau witir dahulu sebelum tidur
.
W yang ketiga ialah *wirid.* Bacalah 3 Qul seperti pesan baginda Rasul (baca solawat) kepada Saidatina Aisyah. Bertasbih 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali (AlBukhari 4/102, Muslim 17/45)
.
Apabila mahu tidur pastikan offline hal dunia. Online dengan tuhan. Ingat addressnya WWW sahaja. Mudah bukan?
.
#DrOtak